Infaq Ramadhan Bersama Roboskool 2025

Bantu 1 Pelajar, Ubah 1 Masa Depan
Orang ramai sedia maklum bahawa kelengkapan dalam bidang robotik memerlukan kos yang tinggi. Namun, bidang ini berkembang pesat, dan setiap pelajar berhak mendapat akses kepada teknologi tersebut. Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menyumbang melalui Roboskool untuk membantu pelajar kurang berkemampuan menggapai masa depan yang lebih cerah.
Melalui kempen Infaq Ramadan Bersama Roboskool, sumbangan infaq anda akan disalurkan dalam bentuk kit. Berikut adalah pakej infaq yang telah kami sediakan:
✅ Pakej 1: RM30
✅ Pakej 2: RM200
✅ Pakej 3: RM300
✅ Pakej Seikhlas Hati
Pelajar terpilih juga berpeluang menyertai empat sesi kelas robotik secara bersemuka dan dalam talian.
Siapakah Roboskool?
Roboskool merupakan satu institusi yang menyediakan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan dalam bidang pengaturcaraan serta robotik.
Pengaturcaraan: Kami mengajar konsep asas hingga lanjutan menggunakan platform seperti Scratch, Arduino, Micro:bit, dan Python untuk membantu pelajar memahami logik pengkodan dengan mudah.
Robotik: Pelajar berpeluang membina, menguji, dan mengawal robot menggunakan pelbagai sensor dan modul elektronik, membolehkan mereka meneroka dunia automasi dan teknologi secara hands-on.
Di Roboskool, kami komited untuk membentuk generasi muda yang celik teknologi dengan pendekatan pembelajaran yang kreatif, menyeronokkan, dan sesuai untuk semua peringkat umur!
Jadi kami amat menghargai sumbangan daripada anda semua kerana dengan hasil sumbangan anda semua kami dapat menyediakan kit dan juga kelas robotik kepada pelajar B40 dan juga asnaf di Pahang. Semoga sumbangan infaq anda menjadi asbab keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.